Sunday, December 11, 2011

Sirah - Israk Mikraj

Pengertian Israk dan Mikraj:

Israk - perjalanan rasulullah saw.dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin.

Mikraj - perjalanan rasulullah saw dari Masjidil Aqsa di Palestin ke sidarul Muntaha.

Peristiwa sebelum Isra'

  • kewafatan Abu Talib bapa saudara rasulullah saw.
  • kewafatan Khadijah isteri rasulullah saw.
  • penolakkan keras penduduk Toif terhadap dakwah Islam.

Peristiwa pada malam sebelum berlaku Isra'

Malaikat Jibril bersama dua malaikat lain membelah dada rasulullah saw dan mengeluarkan hati baginda,kemudian membasuhnya dengan air zamzam dan memasukkan iman serta hikmah ke dalam dada baginda sebagai persediaan untuk isra' dan mikraj.

Peristiwa yang berlaku semasa Isra' dan Mikraj:

  1. Kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.Kemudian keluar hasil yang baru seolah-olah belum dituai. (tafsirannya - pahala orang yang berjihad pada jalan allah yang tidak putus-putus).
  2. Kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu kemudian kembali sembuh selepas itu mereka memecahkan kepala mereka lagi berkali-kali.(tafsirannya - orang yang malas bersolat).
  3. Kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka.(tafsirannya - orang yang membuat fitnah).
  4. Lelaki yang tidak terdaya memikul seberkas kayu api kerana terlalu berat,tetapi menambah lagi kayu yang lain.(tafsirannnya - orang yang tidak menunaikan amanah tetapi masih mahu menerima amanah lagi).








No comments:

Post a Comment