Monday, May 14, 2012

hukum membaca dan memegang al-quran ketika berhadas besar

Berhadas ialah satu tanggapan keadaan yang berlaku pada anggota badan, yang menghalang solat menjadi sah ketika tidak ada sebarang kelonggaran.
Ia terbahagi kepada dua iaitu :
1. Hadas kecil Penyebab seseorang berhadas kecil ialah :
- Keluar sesuatu daripada dua jalan pembuangan(qubul dan dubur)
- Bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram
- Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan
- Hilang ingatan
- Tidur tidak tetap papan punggung
2. hadas besar Penyebab seseorang berhadas besar ialah :
- Haid
-Wiladah
- Nifas
- Bersetubuh
- Keluar mani
- Mati selain mati syahid

Para Fuqaha‟ telah bersepakat cara untuk membersihkan diri dari hadas kecil ialah dengan mengambil wuduk (air sembahyang), manakala bagi membersihkan diri daripada hadas besar ialah dengan mandi wajib. Apabila seseorang itu berhadas, dan dia berkeinginan untuk membaca Al Quran, dia akan berhadapan dengan dua keadaan iaitu membacanya tanpa menyentuh Al Quran, atau membacanya dengan menyentuh Al Quran.

HUKUM MEMBACA AL-QURAN KETIKA BERHADAS TANPA MENYENTUH AL QURAN.

Majoriti ulama mengharuskan orang yang berhadas kecil membaca Al Quran tanpa menyentuh mushaf Al Quran. Mereka berhujah dengan beberapa dalil antaranya:
1. Hadis Ali bin Abi Talib, katanya: Baginda S.A.W. pernah datang ke tempat qada‟ hajat, lalu baginda menunaikan hajatnya. Kemudian baginda keluar, lalu makan bersama kami roti dan juga daging dan membaca Al Quran. Tiada seorang pun yang menghalang Baginda S.A.W. daripada Al Quran melainkan berjunub. [hadis sahih, riwayat Tirmizi, Ibn Majah, Abu Dawud, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Bazzar, al-Daruqutdni dan al-Baihaqi dengan lafaz-lafaz yang berbeza-beza.

Hadis ini menjelaskan bahawa baginda membaca Al Quran tanpa berwuduk terlebih dahulu selepas qada‟ hajat. Al Quran itu pula tentu dibaca berdasarkan hafazan Baginda S.A.W. dan bukannya dengan memegang mushaf Al Quran. Ini menunjukkan keharusan membaca Al Quran tanpa berwuduk.

2. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa beliau pernah bermalam di rumah ibu saudaranya Maimunah yang merupakan isteri Nabi S.A.W. Kata beliau: Aku berbaring di sebelah lebar bantal, manakala Nabi S.A.W. dan isterinya berbaring di sebelah memanjang bantal lalu Baginda S.A.W. tidur. Hinggalah tiba pertengahan malam atau kurang sedikit atau lebih sedikit, Baginda S.A.W. bangun lalu duduk menyapu rasa mengantuk di muka Baginda S.A.W. dengan tangan. Seterusnya Baginda S.A.W. membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali Imran. Kemudian Baginda S.A.W. bangkit mengambil timba yang buruk yang tergantung, lalu berwuduk. Baginda S.A.W. memperelokkan wuduknya, kemudian bangun untuk mengerjakan solat. Kata Ibnu Abbas: Aku pun bangkit, lalu aku lakukan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
6
Kemudian aku pergi, lalu berdiri di sebelah Baginda S.A.W.(hadis sahih riwayat Bukhari).

2 MEMBACA AL QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS Para Fuqaha‟ bersepakat bahawa wanita haid dan nifas harus berzikir seperti bertasbih, tahlil dan lain-lain.

Sekiranya membaca ayat-ayat Al Quran yang telah dijadikan zikir seperti membaca Surah Al Fatihah : "بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم"
Ayat 1: ketika hendak melakukan sebarang kerja seperti makan atau membaca doa menaiki kenderaan : ketika mula perjalanan menaiki kenderaan. Mereka juga harus membaca Al Quran dalam hati tanpa menggerakkan lidah.

Para Fuqaha‟ berselisih pendapat mengenai wanita haid dan nifas membaca Al Quran. Pendapat mereka adalah seperti berikut: Pendapat daripada kalangan Mazhab Syafi‟e, Ahmad dan Hanafi ialah wanita yang didatangi haid dan nifas haram membaca Al Quran.

Mereka berhujah dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar R.A. Rasulullah bersabda: لا تقساء الحائرض لَا الجىة ش ئ يا مه القساءن
“Tidak harus bagi seseorang yang didatangi haid dan sesiapa dalam keadaan berjunub membaca walau sedikit pun daripada Al Quran.

Mazhab Maliki dan Ibnu Taimiyyah berpendapat wanita yang didatangi haid dan nifas harus membaca Al Quran. Antara hujah mereka ialah:

1. Hadith yang dipegang oleh Fuqaha‟ yang mengatakan hukum haram membaca Al Quran bagi wanita yang didatangi haid dan nifas iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar seperti di atas adalah dhaif. Oleh itu hukum haram membaca Al Quran bagi wanita yang didatangi haid tidak ada dalam sunnah yang sahih.

2. Wanita pada zaman Rasulullah juga didatangi haid. Jika membaca Al Quran hukumnya haram ke atas mereka sebagaimana menunaikan solat, sudah tentu Rasulullah menerangkan hukumnya dan mengajar isteri-isterinya sebagaimana Baginda menerangkan hukum menunaikan solat dan puasa bagi wanita yang didatangi haid. Sedangkan hukum ini (haram membaca Al Quran) tidak pernah dinukilkan daripada Rasulullah S.A.W. Oleh kerana hukum haram membaca Al Quran bagi wanita yang didatangi haid tidak pernah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W., sedangkan wanita sentiasa didatangi haid sejak dahulu. Ini menunjukkan Rasulullah S.A.W. tidak mengharamkan pembacaan Al Quran di kalangan wanita yang didatangi haid.
3.Telah bersepakat Para Fuqaha‟ harus bagi seseorang dalam keadaan berhadas membaca dan melihat Al Quran tanpa memegangnya. Sepertimana diharuskan untuk kanak-kanak menyentuh atau memegang Al Quran bagi tujuan proses pembelajaran kerana mereka tidak tergolong daripada kalangan orang Mukallaf, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka berwuduk sebelum memegang Al Quran.

4 HUKUM MENYENTUH DAN MEMBAWA AL QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS

Firman Allah Taala :
Yang bermaksud:

77. Bahawa Sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran Yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), 78. Yang tersimpan Dalam Kitab Yang cukup terpelihara,
79. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk Yang diakui bersih Suci.5 Di dalam Surah Al Waqi‟ah ini Para Pentafsir Al Quran berselisih pendapat tentang Kata Ganti Nama Ketiga yang terdapat dalam ayat yang ke 79 . Adakah ia kembali kepada perkataan القساءن الكسيم atau perkataan الكتاب yang membawa maksud Kitab yang berada di Lauh Mahfuz?. Kata Ganti Nama ini akan menentukan maksud sebenar bagi perkataan seterusnya iaitu المط سٍّ نَ . Di sinilah titik perbincangan hukum menyentuh dan membawa Al Quran bagi seseorang dalam keadaan berhadas. Setengah daripada pendapat pentafsir Al Quran sekiranya Kata Ganti Nama Ketiga itu kembali kepada perkataan القساءن الكسيم ia akan membawa maksud tidak dibenarkan menyentuh atau membawa Al Quran kecuali المط سٍّ نَ (orang yang suci dari hadas kecil dan hadas besar). Manakala setengah pendapat yang lain pula sekiranya Kata Ganti Nama Ketiga itu kembali kepada perkataan الكتاب yang membawa maksud Kitab yang berada di Lauh Mahfuz, maka ia akan membawa maksud tidak dibenarkan menyentuh atau membawanya kecuali المط سٍّ نَ (Para Malaikat), kerana Al Kitab Al Aziz tidak diturunkan dengannya Syaitan. Tetapi ia diturunkan dengan para Malaikat yang Suci.

Kesimpulan dari perbincangan di atas Para Fuqaha‟ telah bersepakat menyatakan Al Quran Al Karim adalah Kitab Allah yang suci.Pemeliharannya sangat perlu dijaga kerana kedudukkannya yang lebih tinggi dari kitab-kitab yang lain. Maka wajiblah bagi kita semua menghormatinya serta memelihara kesuciannya.. Antara perkara yang menunjukkan penghormatan kita terhadap Al Quran ialah dengan kita menyentuh atau membawanya dalam keadaan yang suci daripada hadas kecil ataupun besar.

Majoriti para Fuqaha‟ mengatakan tidak harus memegang atau membawa Al Quran dalam keadaan berhadas. Terdapat juga segelintir pendapat para Fuqaha‟ antaranya Para Pengikut Mazhab Maliki yang mengatakan harus memegang atau membawa Al Quran dalam kedaan berhadas ketika darurat seperti ketika belajar atau pun mengajar. Mereka menyandarakan pegangan ini dengan hadith yang diriwayatkan oleh Hakam, Hammad, Daud Bin Ali Az Zahiri : أو لا تأس تحمل القسءان مَسّ للمسلم اَلكافس طا سًٌا أ محدثًا
Yang bermaksud : “tidak mengapa dengan membawa Al Quran atau menyentuhnya bagi orang Islam, orang Kafir, orang yang dalam kedaan suci atau berhadas.” Mereka juga berhujah keharusan ini bersandarkan surat yang diutuskan oleh Rasulullah S.A.W. Raja-raja Parsi dan Rum. Pengecualian daripada Riwayat Daud pula mengatakan : “ Tidak harus golongan Musyriqin memegang Al Quran.”

Persepakatan pendapat para Fuqaha‟ yang yang terbaik ialah seseorang yang berhadas, berjunub, haid dan nifas kesemuanya haram memegang Al Quran tanpa bersuci terlebih dahulu. Ia juga bertepatan dengan pendapat yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah iaitu :
“Sesungguhnya ayat yang telah diperbincangkan dalam Surah Waqi‟ah ayat 79, telah mengupas apabila Allah S.W.T. telah menyatakan Al Quran adalah Mashaf suci yang diturunkan daripada langit dan tidak dibenarkan memegangnya kecuali
10
dalam kadaan bersih, maka begitu juga Al Quran yang berada di tangan kita tidak dibenarkan memegangnya kecuali dalam kadaan bersih.”

PERBINCANGAN PARA FUQAH’ ADAKAH HUKUM MEMEGANG AL QURAN HARAM, DIAMBIL DARI AL QURAN ATAU PUN DALIL YANG LAIN.

Pendapat sebahagian Fuqaha‟ :

Sungguhnya hukum pengharaman bagi seseorang yang memegang Al Quran dalam keadaan berhadas diambil dari ayat Al Quran kerana khabar yang bermaksud larangan seperti Firman Allah S.W.T. : لا تمسّ يُ إلاّ إذا كىتم على ط اٍزة
Pendapat sebahagian Fuqaha‟ yang lain : Hukum pengharaman bagi seseorang yang memegang Al Quran dalam keadaan berhadas ditetapkan dari dalil Sunnah bukan dari ayat Al Quran.

Mereka menyatakan beberapa fakta bagi menguatkan hujah mereka :

1. Ayat yang dijadikan sandaran bagi sebahagian Fuqaha‟ adalah Ayat Makiyyah dan sebagaimana yang telah diketahui, Ayat Makiyyah ia merupakan pedoman bagi menetapkan hal berkaitan Usulluddin tidak bagi hukum berkaitan perkara-perkara furu’.

2. Mereka mengatakan lafaz المط سٍّ نَ menunjukkan seperti yang telah diperbincangkan sebelum ini, iaitu sucinya zat bagi Malikat, ada pun المتط سٍ نَ menunjukkan kesucian mereka(orang yang berhadas) dengan amalan mereka sendiri seperti yang dinyatakan dalam Firman Allah S.W.T. :
إنَ الله يحة التّ اُّتيه يَحة المتط سٍ نَ
11
Jikalau sekiranya Allah S.W.T. mengkehendaki maksud ayat yang menjadi dalil wajib seseorang yang berhadas suci sebelum memegang Al Quran, pasti ayat yang diturunkan akan berbunyi seperti ini : لا يمسّ إلاّ المتط سٍ نَ
Kesimpulannya sesungguhnya Sunnah merupakan dalil yang menjadi sandaran ke atas wajib bagi seseorang yang ingin memegang atau membawa Al Quran dalam keadaan bersih dari hadas besar atau pun kecil. Sepertimana ia telah ditetapkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Hubban dan sahabat dari kalangan Mazhab Syafi‟e sesungguhnya Nabi S.A.W.meenulis dalam sepucuk surat kepada penduduk Yaman yang datang kepadanya berbunyi : أَلاّ يمسّ القساءن إلاّ طا سٌٌ


Oleh yang demikianjuga telah bersepakat para Fuqaha‟ di antaranya Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan juga Imam Syafi‟e R.H. berkata :
“ Sesungguhnya kebanyakan daripada Sahabat menyuruh anak-anak mereka berwuduk sebelum memegang atau membawa Al Quran”6

HUKUM KADAR SENTUHAN TERHADAP AL QURAN SERTA HUKUM MENULIS AYAT AL- QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS

Telah dijelaskan dalam permasalahan ini oleh beberapa pendapat Para Fuqaha‟ seperti di bawah : Pendapat Pengikut Mazhab Hanafi :

Mereka berpendapat haram menyentuh atau memegang Al Quran secara keseluruhan, sebahagiannya atau pun menyentuh tulisan dari ayat Al Quran

(sebagai contoh walau pun ia hanya dalam kadar satu dirham), biar pun dalam keadaan berlapik sepertimana diharamkan memegang kulitnya yang melekat terus. Ini kerana hukum keseluruhan itu kembali mengikut hukumnya yang asal. Tetapi tidak haram bagi seseorang yang berhadas menulis ayat Al Quran di atas kertas lain kerana hukum pengharaman itu terjadi apabila sentuhan itu berlaku dengan menggunakan tangan, sedangkan ketika menulis kita menggunakan alat iaitu pen atau pun pensil sebagai perantaraan yang memisahkan tangan dan ayat Al Quran tersebut. Begitu juga tidak ditegah menyentuh tulisan ayat dan terjemahan Al Quran sekiranya terjemahan tersebut lebih banyak dari kandungan ayat Al Quran tersebut.

Pendapat Pengikut Mazhab Maliki : Dilarang bagi seseorang dalam keadaan berhadas kecil menyentuh atau memegang Al Quran secara keseluruhan, sebahagiannya, menulisnya, membawanya walaupun didalam bekas khusus atau berlapik, memakai baju yang terdapat tulisan ayat Al Quran, dijadikan permaidani, diletakkan di bawah kerusi, membawanya bersama barang-barang lain di dalam satu bekas. Tetapi harus sekiranya ia berniat membawa barang-barang yang terdapat Al Quran di dalam bekas yang sama. Diharuskan membawa Al Quran bagi seseorang yang berhadas dengan niat untuk mengajar atau belajar, tetapi tidak ada keharusan dalam apa juga keadaan bagi seseorang yang berhadas seperti haid, nifas dan berjunub.

Pendapat Pengikut Mazhab Syafi‟e : Haram memegang dan membawa Al Quran secara keseluruhan, menyelak helaian daripada Al Quran, kulit Al Quran yang melekat dengannya, bekas khusus untuk membawa Al Quran di dalamnya, menulis apa sahaja dari ayat Al Quran. Diharuskan membawa Al Quran bersama barang-barang yang lain dengan niat membawa barang, membawa Al Quran dan tafsirnya yang melebihi dari kandungan ayat Al Quran itu sendiri atau ayat Al Quran bersama penulisan-penulisan ilmu yang lain, tetapi sekiranya kandungan kedua-duanya sama atau ayat Al Quran melebihi tafsirnya hukumnya akan kembali kepada asal. Harus juga bagi seseorang yang berhadas menulis ayat Al Quran tanpa memegangnya Pendapat Pengikut Mazhab Hanbali :
13
Haram bagi seseorang dalam keadaan berhadas menyentuh walau pun satu ayat daripada Al Quran. Maka jika ingin memegangnya hendaklah dalam keadaan suci daripada hadas. Harus membawa Al Quran dalam satu bekas khusus walaupun dalam keadaan berhadas biar pun dengan niat membawa Al Quran, menulis Al Quran sekali pun mereka itu Kafir Zimmi tetapi dengan tidak menyentuhnya, menyentuh atau memegang penulisan tafsir atau ilmu yang lain bersama terkandungnya penulisan Al Quran.

Kesimpulan daripada perbincangan di atas telah bersepakat majoriti Fuqaha‟ tidak harus bagi seseorang yang berhadas besar menyentuh atau memegang Al Quran. Manakala seseorang yang berhadas kecil pula, tidak ada sebarang dalil yang jelas yang menunjukkan tegahan terhadap permasalahan ini, tetapi kebanyakan Fuqaha‟ menetapkan ianya juga tidak diharuskan. Majoriti Fuqaha‟ kecuali para pengikut Mazhab Malik mengharuskan bagi seseorang yang berhadas menulis Al Quran secara keseluruhan atau sebahagiannya sekalipun bukan untuk tujuan mengajar atau belajar dengan syarat mereka itu tidak menyentuh ayat Al Quran tersebut ketika menulis.

HUKUM MEMBAWA AL QURAN DI DALAM BEKAS KHUSUS UNTUK AL QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS

Haram bagi sesiapa yang dalam keadaan berhadas membawa Al Quran yang berada dalam bekas khusus untuk Al Quran seperti beg, kotak atau lain-lain kecuali di dalam beg atau kotak tersebut terdapat barang-barang selain dari Al Quran. Ibnu Taimiyah berkata : “Seseorang yang berhadas harus membawa Al Quran bersama-sama (dalam satu bekas) dengan pakaian atau barang-barang keperluan yang hendak dibawa.”

HUKUM MENUNJUK ATAU MEMBUKA AL QURAN DENGAN SEBARANG ALAT DALAM KEADAAN BERHADAS

Harus menunjuk atau membuka Al Quran dengan alatan lain seperti kayu,pensil dan lain-lain, kerana perbuatan itu tidak dinamakan menyentuh Al Quran secara langsung dan tidak juga dikatakan membawanya.

HIKMAH PENSYARIATAN SUCI DARIPADA HADAS SEBELUM MEMEGANG ATAU MEMBAWA AL QURAN10 Al- Quran al Karim adalah Kitab Allah S.W.T. yang suci dan ia merupakan pedoman serta perundangan kepada hambaNya. Wahyu yang telah diturunkan ke atas Rasul yang terakhir dan ia juga merupakan Kitab Samawi yang terakhir diturunkan. Kemuliaannya pada darjat yang telah ditentukan. Sebagai petunjuk jalan kebenaran seluruh insan, di dalamnya terkandung khabar gembira buat insan beriman, serta ia juga menjadi cahaya penerang jalan kegelapan seluruh pelusuk alam. Inilah kebenarannya, Al Quran yang terpuji dan mulia. Wajib bagi setiap insan yang menobatkan dirinya beriman mengaplikasikan cernaan Al Quran dalam kehidupan. Menyuburkan rasa kecintaan dalam diri setiap insan beriman dengan limpahan keasyikan mengalunkan tiap baris ayat-ayat Al Quran serta praktikal hukum dalam semua percaturan kehidupan agar kita mendapat kebahagiaan yang telah dikecapi oleh mereka ummat terdahulu.

Di antara adab bagi memuliakan Al Quran Al Karim ialah menjaga kebersihan diri dari hadas sebelum memegang atau membawanya. Kerana ia adalah kalam Allah S.W.T. kata-kata Allah S.W.T. yang memiliki seluruh sifat Kemuliaan. Tidak harus bagi seseorang Mukmin mengambil ringan apa yang telah diperintahkan oleh Penciptanya, bertepatan apa yang telah ditulis oleh Baginda S.A.W. dalam warkah buat Amru Bin Hazam berbunyi :
9 Darah Wanita Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan Selangor Darul Ehsan,halaman 102 10 Rawaai‟ Bayan Tafsir Ayat Al Ahkam minal Quran, Kaherah: Maktabah Darul Salam, Juzuk 2, h.477
15
أَلاّ يمسّ القساءن إلاّ طا سٌٌ
Memadailah apa yang telah dinukilkan oleh Baginda S.A.W. agar kita memuliakan Al Quran. Begitu juga hikmah yang perlu dingati penurunan Al Quran terjadi pada Bulan yang diberkati iaitu Ramadhan, dan pada semulia-mulia malam iaitu Malam Lailatul Qadar, perantara yang terpilih iaitu ruh yang mulia iaitu Malaikat Jibril A.S. 

13. (ayat-ayat suci itu tersimpan) Dalam naskhah-naskhah Yang dimuliakan, 14. Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari Segala gangguan), 15. (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat Yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz, 16. (malaikat-malaikat) Yang mulia, lagi Yang berbakti. Apabila malaikat-malaikat yang terlibat dalam penyalinan serta penurunan Al Quran adalah bersifat suci, maka setiap insan yang berada di bumi juga perlu bersifat suci bila menyentuhnya. Itulah dia Al- Quran yang akan sentiasa terpelihara dari sebarang penyelewengan. Ia bukannya sihir, mentera ataupun syair bahkan ianya Kalam Allah yang benar.
16
Bahan Rujukan:
(1) Ustazah Sapiah Bt Abd Wahab,Fuad B Hj Ismail, 2011, Pelaksanaan Aktiviti Program j QAF Kem Bestari Solat Tahun 4, Kuala Lumpur, h.7 (2) www.facebook.com/.../DARUL-FUQAHA‟
(3) Anisah Bt Abd Ghani, 2009, Darah Wanita Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan, Selangor Darul Ehsan, h.99-101
(4) Ad Doktor Wahbah Zuhaili, 2002, Fiqh Islamiah Wa Adillatuhu, Beirut Lubnan: Maktabah Darul fikri Al Mua‟sir, h.450
(5) Prof. R.H.A. Seonarjo S.H., Yayasan Penyelenggara Penterjemahan Al Quran, 1971, Al Quran dan Terjemahannya (Indonesia), Khadim Al Haramain Asy Syarifain,Fahd Ibn „Abd Aziz Al Sa‟ud, h.897
(6) As Syeikh Muhammad Ali As Sobuni, 1997, Rawaai‟ Bayan Tafsir Ayat Al Ahkam minal Quran, Kaherah: Maktabah Darul Salam, Juzuk 2, h.463-474
(7) Ad Doktor Wahbah Zuhaili, 2002, Fiqh Islamiah Wa Adillatuhu, Beirut Lubnan: Maktabah Darul fikri Al Mua‟sir, h.450-453
(8) Anisah Bt Abd Ghani, 2009, Darah Wanita Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan, Selangor Darul Ehsan, h.102
(9) Anisah Bt Abd Ghani, 2009, Darah Wanita Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan, Selangor Darul Ehsan, h.102
(10) As Syeikh Muhammad Ali As Sobuni, 1997, Rawaai‟ Bayan Tafsir Ayat Al Ahkam minal Quran, Kaherah: Maktabah Darul Salam, Juzuk 2, h.477