Sunday, December 11, 2011

Adab terhadap ibubapa1

Khas buat murid-murid Sk.Kati Kuala Kangsar dan semua yang menonton.





  • Sayangi ibu kita.
  • Taati ibu kita
  • Jangan sekali melawan dan menderhaka pada ibu.
  • Syurga di bawah tapak kaki ibu.

Sirah - Israk Mikraj

Pengertian Israk dan Mikraj:

Israk - perjalanan rasulullah saw.dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin.

Mikraj - perjalanan rasulullah saw dari Masjidil Aqsa di Palestin ke sidarul Muntaha.

Peristiwa sebelum Isra'

  • kewafatan Abu Talib bapa saudara rasulullah saw.
  • kewafatan Khadijah isteri rasulullah saw.
  • penolakkan keras penduduk Toif terhadap dakwah Islam.

Peristiwa pada malam sebelum berlaku Isra'

Malaikat Jibril bersama dua malaikat lain membelah dada rasulullah saw dan mengeluarkan hati baginda,kemudian membasuhnya dengan air zamzam dan memasukkan iman serta hikmah ke dalam dada baginda sebagai persediaan untuk isra' dan mikraj.

Peristiwa yang berlaku semasa Isra' dan Mikraj:

  1. Kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.Kemudian keluar hasil yang baru seolah-olah belum dituai. (tafsirannya - pahala orang yang berjihad pada jalan allah yang tidak putus-putus).
  2. Kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu kemudian kembali sembuh selepas itu mereka memecahkan kepala mereka lagi berkali-kali.(tafsirannya - orang yang malas bersolat).
  3. Kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka.(tafsirannya - orang yang membuat fitnah).
  4. Lelaki yang tidak terdaya memikul seberkas kayu api kerana terlalu berat,tetapi menambah lagi kayu yang lain.(tafsirannnya - orang yang tidak menunaikan amanah tetapi masih mahu menerima amanah lagi).








Wednesday, December 7, 2011

Sifat Allah

.
  • Wajib diketahui oleh semua umat Islam.
  • Hayati dan fahami semoga bertambah keimanan dalam diri.Insyaallah.

Tayammun

Pengertian Tayammum:
Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci kemuka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat disertai dengan niat  bagi menggantikan wuduk atau mandi hadas disebabkan keuzuran.

Rukun Tayammum:
1. Niat "Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan solat fardhu kerana Allah Taala"
2. Menyapu debu tanah kemuka
3.Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku
4.Tertib

Syarat Tayammum:
1. Bertayammum apabila masuk waktu.
2. Telah berusaha untuk mendapatkan air,atau tidak dapat menggunakan air.
3. Menghilangkan najis sebelum melakukan Tayammum.
4. Hendaklah menggunakan debu tanah yang suci bukan musta'mal.
5. Sekali bertayammum untuk satu solat fardhu sahaja.

Cara bertayammum: