Asalamualaikum,lama lak update blog ni...nak tambah la
sikit..rasanye hampir setahun tak update...sedikit perkongsian untuk semua...
ILMU (naqliyah dan aqliyah)
Ilmu merupakan bahagian penting dalam kehidupan. Kemajuan peradaban
suatu bangsa ditentukan oleh kemajuan tradisi keilmuan bangsa tersebut. Dalam
dunia Islam ilmu merupakan syarat utama untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan
akhirat. Islam sangat memperhatikan, menghormati, dan menjunjung tinggi
martabat ilmu dan orang-orang yang memiliki ilmu. Sebagaimana yang diterangkan
dalam surat al-Mujadalah ayat 11, yang artinya: “Hai orang-orang beriman
apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah
niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan:
“Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang
yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS al-Mujadalah:
11).
Menurut Ibnu Khaldun ilmu dibahagi kepada dua, yaitu: ilmu
naqliyah, dan ilmu aqliyah. Ilmu naqliyah merupakan ilmu yang berdasarkan
otoriti yang berasal dari dalil naqli aitu al-Qur’an dan as-Sunnah. Sedangkan
ilmu aqliyah merupakan ilmu yang berdasarkan akal atau dalil rasional seperti
ilmu filsafat, matematik, fisikal, dan lain-lain. Al-Qur’an sebagai firman
Allah telah menyediakan semua petunjuk yang diperlukan oleh manusia untuk
menjalani kehidupan, baik berupa ilmu-ilmu aqidah dan syari’ah, maupun ilmu
yang terbentang pada zaman ini (Hidayati, 2012). Sebagaimana firman Allah SWT
dalam surat al-Ankabut ayat 49.yang Artinya:“sebenarnya, al-Quran itu adalah
ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. dan tidak ada
yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim” (QS.
al-Ankabut:49).
Al-Qur’an sebagai wahyu Allah SWT telah mengisyaratkan perintah
untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. Sebagaimana ayat pertama yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW dalam surat al-Alaq ayat 1.yang Artinya: “bacalah
dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan” (QS. Al-Alaq: 1).
Perintah membaca merupakan betapa pentingnya persoalan itu
ditunaikan. Perintah membaca tentu mempunyai makna yang besar dan luas. Orang
yang sanggup melakukan kegiatan membaca, maka akan mendapatkan ilmu yang luas.
Dari sini maka akan terlihat dengan jelas, hubungan membaca sebagai perintah
yang datangnya dari al-Qurán dengan ilmu pengetahuan.
Ilmu Naqliyyah ialah ilmu yang diturunkan oleh Ilmu naqliyah adalah
yang bersumber dari al-Qur’an dan Hadits yang dalam hal ini peran akal hanyalah
menghubungkan cabang permasalahan dengan cabang utama, karena informasi ilmu
ini berdasarkan kepada otoritas syari’at yang diambil dari al-Qur’an dan
Hadits.
Ibn Khaldun menyusun ilmu-ilmu naqli sesuai dengan manfaat dan
kepentingannya bagi peserta didik kepada beberapa ilmu, iaitu Al-Quran dan
Hadith,Ulum al-Quran,Ulum Hadith,ushul Fiqh,Fiqh,Ilmu Kalam,Ilmu Tasawuf dan
Ilmu al-Ta’bir Ru’ya.
Menurutnya,Al-quran adalah ilmu yang pertama kali harus diajarkan
kepada anak. Al-Quran mengajarkan kepada anak tentang syariat Islam yang
dipegang teguh oleh para ahli agama dan dijunjung tinggi oleh setiap umat
Islam.Ilmu-ilmu naqli hanya ditujukan untuk dipelajari pemeluk Islam. Walaupun
dalam setiap agama sebelumnya ilmu-ilmu tersebut telah ada, akan tetapi berbeza
dengan yang tedapat dalam Islam. Dalam Islam, eksistensi ilmu berfungsi
menasakhkan ilmu-ilmu dari setiap agama yang lalu dan mengembangkan kebudayaan
manusia secara dinamis.
Pada hakikatnya kita tidaklah dapat menyaksikan adanya semacam
keghairahan di kalangan khalifah-khalifah Bani Umayyah terhadap usaha-usaha
pengembangan ilmu pengetahuan. Kenyataan menunjukkan bahawa kehidupan Tasyri’
tidak mencapai sebarang kemajuan yang bererti, kecuali di zaman Umar Abdul
Aziz. Malah di bidang ilmu-ilmu sekular langsung tidak diperhatikan, kecuali
oleh Khalid bin Yazid bin Muawiyah. Dikatakan bahawa Khalidlah orang yang
pertama memudahkan pengetahuan-pengetahuan asing ke dalam Islam, dengan cara
mempelajari ilmu-ilmu perubatan, kimia dan astronomi daripada Maryanus, seorang
pendita Kristian di Iskandariah, dan kemudiannya diterjemahkan kitab-kitab
tersebut.
Ada beberapa sebab kenapa terjadi demikian:
Bani Umayyah telah memperlihatkan sikap fanatik Arab (Al-Asabiyyali
AI-Arabiyyah) yang keterlaluan, hingga mereka belum bersedia menerima ilmu-ilmu
asing secara luas dan mendalam, malah belum membenarkan tenaga-tenaga asing
dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan secara terbuka.
Sebagai sebuah kerajaan yang berdasarkan kekerasan, perhatian Bani
Umayyah lebih banyak tertumpu di bidang ketenteraan, baik di dalam menghadapi
pemberontakan dalam negeri mahupun usaha-usaha penaklukan di luar negeri.
Bagaimanapun untuk mengatakan yang zaman Umayyah langsung kosong
dari kegiatan ilmiah tentunya agak keterlaluan. Bagi pihak pemerintah, mereka
begitu cenderung terhadap kegiatan-kegiatan sastera dan sejarah. Ini kerana:
lanya merupakan saki-baki sifat-sifat Badawi yang memang menggemari
syair-syair yang indah.
Oleh kerana Bani Umayyah ditegakkan secara kekerasan, ia sangat
memerlukan cerdik-pandai buat memuja atau menguatkan rejim mereka.
Dengan adanya kegiatan mengumpul Hadis di zaman Umar Abdul Aziz,
secara tak langsung riwayat-riwayat tentang Nabi dan peperangan-peperangannya
turut diperhatikan.
Diriwayatkan oleh Al-Mas’udy bahawa selesai saja Muawiyah dari
pekerjaannya, lalu ia meneruskan sampai sepertiga malam untuk mempelajari
cerita-cerita bangsa Arab dan peperangan yang terjadi antara mereka, juga
cerita-cerita bangsa asing lainnya serta politik pemerintahannya, kemudian baru
ia tidur 1/3 malam, tetapi ia bangun lagi melihat kitab-kitab tentang biografi
raja-raja serta cerita-cerita perang. Semua ini dibacakan oleh seorang
pencerita rasmi. Akhirnya bercerita termasuk pekerjaan rasmi di mana ada
beberapa orang yang diangkat oleh pemerintah dengan mendapat gaji.
Khusus tentang ilmu keagamaan, kalau ada pun perkembangannya, itu
hanyalah timbul dari kesedaran dan semangat keagamaan itu sendiri, bukannya
dari galakan pemerintah. Kecuali Umar Abdul Aziz, para khalifah Bani Umayyah
tidak memberi dorongan terhadap pembangunan ilmu keagamaan seperti mana
kecenderungan mereka terhadap sastera dan cerita-cerita sejarah tersebut.
Orang-orang Umayyah tidak berusaha membentuk Tasyri’ yang rasmi. Kita tidak
melihat para pembuat undang-undang berhubungan dengan pembesar-pembesar
Umayyah, kecuali sedikit seperti Al-Zuhry. Di zaman ini juga belum ada mazhab
empat, kecuali beberapa Imam Mujtahid seperti AI-Auza’i yang mana mazhabnya
berantakan. Baru pada akhir Bani Umayyah lahir Imam Abu Hanifah di Iraq dan
Imam Malik di Madinah. Itu pun kita diberitahu bahawa Imam Abu Hanifah telan
dibenamkan ke dalam penjara beberapa kali oleh Marwan bin Muhammad, semata-mata
kerana beliau menolak jabatan kadi seperti kehendak Khalifah!
Seperti diketahui, Al-Quran telah selesai dikumpulkan pada zaman
Abu Bakar. Di zaman Bani Umayyah, Al-Quran yang telah disalin sebanyak enam
naskhah itu kemudiannya disalin lebih banyak dan dikirimkan ke berbagai
penjuru. Antara ahli tafsir yang termasyhur di zaman Umayyah ialah Ibnu Abbas
yang dianggap orang pertama menafsirkan Al-Quran, iaitu secara riwayat dan
isnad. Beliau terkenal sebagai seorang yang banyak ilmu, yang kebanyakan masa
hidupnya dihabiskan dengan belajar dan mengajar. Juga terhadap Mujahid dan
seorang tokoh Syiah, Muhammad Al-Baqir bin Ali bin Hussein.
Seiring dengan Tafsir Al-Quran ialah Ilmu Nahu dan Saraf di mana
ianya diatur secara lebih sistematik. Ini dilakukan oleh Abul-Aswad Ad-Dauly di
masa Muawiyah dengan cara menambah tanda-tanda Fathah, Dhammah, Kasrah dan
Syiddah. Dan di mana Abdul Malik bin Marwan, atas inisiatif Al-Hajjaj
diperintahkannya Nasr bin Asim dan Yahya bin Yakmar (kedua-duanya murid
Abul-Aswad) agar merencana tanda-tanda untuk membezakan satu-persatunya huruf
dari ayat-ayat Al-Duran, seperti huruf ba, ta, tha, dll. Malah Al-Hajjaj juga
berusaha agar AI-Quran dibahagi 30 juz, dan pada tiap-tiap juz diadakan tanda
separuh (Nisf), sedang pada tiap-tiap separuhnya pula diadakan tanda seperempat
(Rubu’). Apa yang anehnya ialah usaha-usaha ini dilakukan oleh seorang manusia
yang bernama Al-Hajjaj yang cukup terkenal dengan kekejaman dan keganasan.
Dialah juga orangnya yang telah memenggal Ieher seorang ulama yang wara’ lagi
salih, iaitu Said bin Zubair!
Rujukan :
1.
http://sejarahtamadunislam.wordpress.com/zaman-bani-umaiyah/
2. Mahayuddin
Hj.Yahya-Tamadun Islam,Fajar bakti Shah Alam,1998
3.
www.slideshare.net/.../11kerajaan-bani-umaiyah-zaman-pemerintahan-
Nulisnya pke sapace mas jgn ngatu semua biarenak liatny
ReplyDelete