Saturday, December 8, 2012

Apa dia Israiiliyat ?

Pengertian Israiiliyat. Israiiliyat adalah suatu istilah yang dilabelkan oleh orang-orang Islam terhadap sebarang perkhabaran,pandangan dan cerita-cerita tidak benar yang dikaitkan dengan bangsa Isra,el iaitu orang-orang Yahudi. Dari sudut bahasa israiliyyat ( kalimah jama’) diambil dari perkataan israiliyat iaitu kisah atau cerita yang diriwayatkan dari bangsa israil. Maksud israil ialah panggilan bagi Nabi Yaakub a.s dan bani israil ialah anak-anak serta keturunan baginda sehingga zaman Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Allahyarham Dr.Muhammad Husain Az- Zahabi di dalam risalahnya yang bertajuk ‘Israiiliyat di dalam tafsir dan hadith tentang pengertian istilah ini :”Perkataan Israiiliyat bermaksud kisah atau peristiwa yang diceritakan melalui sumber Israel.Ianya mencakupi lebih daripada hanya kisah-kisah Yahudi”. Firman Allah dalam Surah Maryam ayat 58; “Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi Yang telah dikurniakan Allah nikmat Yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang Yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang Yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.” Dari sudut Istilah pula Dari sudut istilah israiliyyat ialah berita-berita dan cerita yang dibawa oleh bani israil atau kaum Yahudi. Ia merupakan cerita umat yang lalu bersumberkan golongan yahudi merangkumi pengaruh Yahudi dan Kristian di dalam penulisan tafsir Ini menunjukkan bahawa setiap unsur Israiiliyat acapkali telah meresap masuk ke dalam kitab-kitab tafsir dan hadith yang kebanyakkannya daripada unsure-unsur tersebut ialah kisah dongeng lama yang disandarkan pada riwayat asalnya kepada sumber Yahudi atau kristian dan yang selain daripada mereka. Secara umumnya Israiiliyat ini ditujukan kepada golonngan Yahudi berbanding dengan kristian kerana mereka lebih terkenal dalam meriwayatkan cerita-cerita terdahulu kerana bilangan yang ramai di zaman rasulullah s.a.w berbanding dengan golongan kristian.Hubungan mereka juga rapat dengan kaum muslimin pada awal kemunculan Islam sehingga berkembangnya agama Islam. Bahkan segelintir golongan mufassirin dan muhaddithiin menganggap bahawa cerita-cerita Israiiliyat ini ialah apa perkara yang ditujukan oleh musuh-musuh Islam saamada dari orang Yahudi dan lain-lainnya terhadap kesucian tafsir al-Quran dan hadith,daripada cerita-cerita yang tidak tahu asal usulnya. Ulama tafsir hadis menjelaskan maksud Israiiliyat ini ialah semua jennies rekaan yang bersumberkan Yahudi,riwayat perkara khurafat dan dongengan semata.Mereka sangat memusuhi Islam serta membeci ajaran Islam serta seluruh kaum muslimin.Ini dijelaskan dalam surah al-maidah ayat 82 :  82. "Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. " Golongan Yahudi ialah golongan ahli kitab yang paling rapat kaitannya dengan orang-orang Islam.Pengetahuan mereka amat luas dalam memberikan gambaran salah terhadap Islam dan merupakan tipu daya.Mereka antara yang paling ramai berpura-pura memperjuangkan kelluarga Nabi Muhammad s.a.w semata-mata untuk memperluaskan tipu daya dan menyebarkan kerosakkan di kalangan umat Islam serta merosakkan aqidah.Golongan Yahudi mempunyai peluang yang besar hasil dari perpecahan yang tidak terbendung untuk menyebarkan cerita-cerita Israiiliyat. Pembahagian Israiiliyat 1. Riwayat /berita yang diakui benar oleh al-Quran dan hadis yang Sahih. Seperti contoh kisah Khidir dengan Nabi Musa yang diceritakan dalam surah Al Kahfi ayat 65 : Firman Allah SWT “Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami Yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat dari kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi kami.” Al-Quran tidak menyebut dengan jelas tetapi menyatakan hamba dari kalangan hamba kami.Serta dikukuhkan lagi dengan firman Allah dalam surah Yunus ayat 94 : “Oleh sebab itu, sekiranya Engkau (Wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadaMu, maka Bertanyalah kepada orang-orang yang membaca Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali Engkau menjadi dari golongan Yang ragu-ragu.” Riwayat Bukhari daripada Ibnu Mas’ud juga menyatakan mengenai Israiiliyat yang dikatakan berita yang disahkan oleh Islam dan disahkan benar seperti : عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : جاء حبر من الأحبار إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا محمد ، إنا نجد أن الله يجعل السماوات على إصبع ، وسائر الخلائق على إصبع فيقول : أنا الملك ، فضحك النبي صلى الله عليه وسلم حتى بدت نواجذه تصديقا لقول الحبر ، ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم :وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعاً قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمَاوَات مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ Maksud : “Telah datang seorang pendita Yahudi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya kami dapati (dalam kitab kami) bahawa Allah meletakkan tujuh petala langit atas satu jari, tujuh petala bumi atas satu jari, segala pokok atas satu jari, air dan tanah atas satu jari dan seluruh makhluk atas satu jari lalu berkata, “Akulah raja.” Mendengar itu, Nabi tergelak sehingga ternampak gusinya, membenarkan kata-kata pendita itu. Kemudian Baginda membaca (ayat 67 surah al-Zumar 39 yang bermaksud): “Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Maha suci Tuhan dan maha tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.” (H/R Bukhari) 2. Riwayat /berita yang disahkan dusta kerana bertentangan dengan aqidah dan ajaran Islam. Riwayat ini bertentangan dengan akal yang waras dan syariat. Ini akan ditolak sama sekali.Contohnya seperti “sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu.Batu tersebut diatas tanduk seekor lembu jantan.Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya,lalu batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi ini.Itulah terjadinya gempa bumi.”(perkhabaran,berita ini disahkan palsu oleh Ibnu Qayyim dalam al-manar al-munif),selain daripada itu juga terdapat kepalsuan seperti mencemar maruah kenabian dalam kisah Nabi Yusuf a.s apabila menyebut bahawa baginda yang berkeinginan kepada isteri pembesar al Aziz, kisah Nabi Daud yang dan sebagainya yang mengaitkan dengan dosa syirik,zina dan sebagainya. 3. Riwayat/berita yang tidak terdapat dalam syariat dan al-Quran dari sudut penolakan dan penerimaan. Berita ini tidak diiktiraf dalam ajaran Islam kerana tidak mempunyai dalil khusus yang menyokongnya dan tidak ada pula dalil yang menyanggahnya dari segi nas ataupun akal.bagi riwayat ketiga ini tidak boleh menyatakan ianya betul atau salah. Selagi ia tidak mencemarkan agama kita boleh meriwayatkannya,namun kita tidak boleh menyatakan secara putus kebenarannya.Dari Abu Hurairah : عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان أهل الكتاب يقرؤون التوراة بالعبرانية ، ويفسرونها بالعربية لأهل الإسلام ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تصدقوا أهل الكتاب ولا تكذبوهم ، وقولوا: ( آمَنَّا بِالَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَأُنْزِلَ إِلَيْكُمْ)(العنكبوت: من الآية 46) Maksud : “Dahulu Ahli Kitab membaca al-Taurat dalam bahasa Ibraniyah dan mentafsirkannya dalam bahasa Arab untuk orang Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan percaya Ahli Kitab dan jangan dustakan mereka. Katakanlah “Kami telah beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu.” (al-Ankabut 29:46). (H/R Bukhari) Kebanyakan kisah Israiliyat tidak mempunyai manfaat kepada agama dan contoh kisah-kisah tersebut ialah warna anjing ashabul kahfi, bilangan mereka, tongkat nabi musa diperbuat daripada kayu apa ?, Nama burung yang dihidupkan Allah untuk Nabi Ibrahim, Jenis pohon yang digunakan oleh Allah untuk berkata dengan Nabi Musa dan banyak lagi masalah-masalah lain yang tidak disebutkan secara jelas dalam al-Quran kerana tidak ada faedahnya dalam urusan agama dan duniawiyah seorang mukallaf. (Muqaddimah Tafsir Quranil azim, Imam Ibnu Katsir). Ringkasnya Isrilliyyat adalah cerita-cerita daripada sumber-sumber bukan Islam yang meresap ke dalam masyarakat Islam. Umumnya ia dikaitkan dengan kaum Yahudi. Israilliyyat terbahagi kepada tiga jenis iaitu: 1. yang bersesuaian dengan Islam 2. yang bertentangan dengan Islam 3. yang tidak dapat dipastikan sama ada sesuai ataupun tidak Jenis pertama kita menerimanya dengan senang hati. Jenis kedua kita tolak bersungguh-sungguh. Jenis ketiga tidak kita tolak dan tidak juga kita terima. Kita membiarkannya begitu sahaja sehinggalah ada bukti-bukti menunjukkan sama ada ia boleh diterima ataupun ditolak. Hukum meriwayatkan (menceritakan) Kisah Israiiliyat Hukumnya terbahagi kepada tiga iaitu : 1 Haram Nas yang tersebut didalam al-Quran iaitu ayat-ayat yang menunjukkan bahawa golongan Yahudi dan Nasrani menukar dan mengubah kitab-kitab mereka dan menyembunyikannya,tidak menyatakan sebahagian besar daripadanya yang boleh menghilangkan kepercayaan terhadap mereka dan khabar yang mereka bawa. Ini tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diriwayatkan. Di antara firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 79: 79. Kecelakaan besar bagi orang-orang Yang menulis Kitab Taurat Dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah Dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka Dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia Yang sedikit. maka Kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa Yang ditulis oleh tangan mereka, dan Kecelakaan besar bagi mereka dari apa Yang mereka usahakan itu. Bersandarkan dalil yang jelas ini,mereka melarang langsung dari mengambil periwayatan ini.Di samping meneliti method Islam di dalam perbahasan,ilmu pengetahuan yang diterima serta mengemukan hadith dan pendapat yang mungkin ada pengharusan pelarangan dalam meriwayatkannya. 2. Harus Ayat yang tersebut di dalam al Quran yang menunjukkan harus merujuk kepada ahli kitab dan bertanya mereka tentang apa yang berkaitan dengan mereka. Antara firman Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Surah Yunus ayat 94 : 94. Oleh sebab itu, sekiranya Engkau (Wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa Yang Kami turukan kepadaMu, maka Bertanyalah kepada orang-orang Yang membaca Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali Engkau menjadi dari golongan Yang ragu-ragu. Allah SWT telah mengharuskan nabi-Nya agar bertanya kepada ahli kitab demikian juga diharuskan bagi umatnya bertanya kepada mereka,kerana telah diakui oleh syara’ iaitu perintah Allah SWT terhadap nabi-Nya adalah perintah untuknya dan umatnya selama mana tidak ada dalil yang mengharuskannya. Juga dalil daripada hadith yang mengharuskannya di antara hadith yang telah diriwayatkan oleh al Bukhari di dalam kitab sahihnya:- بلغوا عني ولو أية وحدثوا عن بني إسرائيل ولا حرج ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعدة من النار Ertinya : “Sampaikan dariku walaupun satu ayat, dan riwayatkan lah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa berdusta terhadapku dengan sengaja,siapkanlah tempatnya dalam neraka”. 3 Mauquf/ maskut Anhu Riwayat yang tidak perlu diulas kerana tiada dalil dari sudut penolakan dan penerimaan.Sebilangan mereka ada meletakkan syarat-syarat untuk periwayatannya di mana mereka menolak sebahagian besar dan tidak mengambil melainkan pa yang tidak diperkatakan apa-apa oleh Islam serta tidak bercanggah dengan nas-nas (al-Quran dan as-sunnah) dan ketetapannya seperti yang dilakukan oleh Imam ahli hadith,Ibnu Khathir di dalam kitabnya al-bidayah Wa an-Nihayah dan Tafsir Al-Quranul adzim. Kesimpulan hukum menceritakan atau meriwayatkan kisah-kisah Israiiliyat ini adalah bergantung kepada keadaan,dimana jenis yang pertama haram disebarkan kepada umum tanpa penjelasan serta bukti yang sahih,yang kedua digallakkan kerana ia menambahkan ilmu kepada umat Islam agar mendalami Islam lagi dan yang ketiga boleh dikisahkan dengan syarat disertakan penjelasan tentang kedudukannya. Kandungan Cerita-cerita Israiiliyat Israiiliyat adalah ungkapan khusus bagi setiap perkhabaran dan cerita –cerita yang tidak benar yang terdiri daripada kisah-kisah khurafat,dongengan semata. Secara umumnya kandungan Israiiliyat ini terbahagi kepada dua iaitu Israiiliyat kuno dan Israiiliyat moden. 1. Israiiliyat kuno Israiiliyat kumo merupakan cerita-cerita yang berkaitan dengan kisah dahulukala seperti perkhabaran dan ilmu pengetahuan yang diambil oleh orang-orang berbangsa Yahudi mengennai asal usul alam,kejadian mahkluk dan peristiwa umat terdahulu dan perkara-perkara syubhat yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan untuk menyerang kesucian Islam dengan cerita-cerita dongeng dan pembohongan dalam sejarah Islam terdahulu.Sepperti dalam surah al-Baqarah ayat 75 ,menyatakan tentang pengakuan orang Yahudi lebih alim dari orang lain :  75. (Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan Bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam Yang kamu sampaikan itu, padahal Sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka Yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? 2. Israiiliyat moden Israiiliyat moden ialah setiap pemikiran atau perkataan atau ucapan atau penulisan yang ditujukan ( untuk memburuk-burukkan) umat Islam dan bertentangan dengan segala prinsip-prinsip Islam dan ajaran-ajarannya.Kesemua bentuk Israiiliyat moden ini telah ditujukan kepada kehiduupan berpolitik,ekonomi,social,etika,kebudayaan,perhubungan antarabangsa atau peperangan. Sasarannya adalah untuk mencemarkan kesucian agama Islam yang merupakan perkara haq dan benar serta apa sahaja yang berasaskan kepada petunjuk dan Nur Ilahi dalam setiap sudut dan aspek kehidupan manusia.( umat manusia). Hikmah mengetahui Israiiliyat Mengetahui tentang israiliyyat memberikan kesan yang mendalam kepada orang-orang Islam untuk menjaga aqidah. Selain itu, dapat memahami hadith dengan lebih mendalam dan mengikut sanad yang tepat bukan yang telah dikaburi oleh golongan Yahudi yang cuba untuk memecahbelahkan umat Islam. Memahami tentang israiliyyat akan meninggalkan beberapa kesan kepada aqidah umat Islam. Antaranya ialah :- 1. Dapat menjaga aqidah daripada dirosakkan dengan cerita-cerita mengenai sifat Allah s.w.t yang menyerupai manusia serta menyifatkan Allah s.w.t dengan sesuatu yang tidak layak bagiNya. Serta cerita yang tidak baik berkenaan dengan para nabi dan rasul.Umpamanya kalau diperhatikan cerita-cerita nabi kebanyakannya diceritakan secara umum tanpa nas dan dalil yang sahih contohnya . Contohnya kisah Nabi Ayub yang ditimpa sakit. Memang Nabi ayub diceritakan dalam al-Quran bahawa dia diuji oleh Allah dengan penyakit (Lihat surah sod ayat 41) tetapi perincian Baginda alaihi salam sakit apa tidak pula diceritakan dengan lanjut. Sesetengah buku “murahan” memperincikan lagi bahawa Nabi ayub ditimpa sakit sehingga badan beliau berulat. Tafsiran yang melampau-lampau pula mengatakan bahawa daging beliau berguguran sehingga tingall tulang sahaja. Menurut para ulama kisah ini adalah kisah Israiliyyat yang cuba merendah-rendahkan martabat para Nabi yang diutus oleh Allah. 2. Mengelakkan umat Islam mempercayai cerita-cerita tentang dongengan yang penuh dengan khurafat dan pembohongan yang tidak ada sumbernya.Sebagaimana periwayatan yang disahkan palsu oleh Ibnul Qayyum dalam kitab al-manar al-munif iaitu “sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu.Batu tersebut diatas tanduk seekor lembu jantan.Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya,lalu batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi ini.Itulah terjadinya gempa bumi.”(perkhabaran,berita ini disahkan palsu oleh Ibnu Qayyim dalam al-manar. 3. Mengelakkan umat Islam hilang kepercayaan kepada ulama’ salaf sama ada daripada kalangan sahabat atau tabiin. Terlalu banyak kisah israiliyyat yang disandarkan kepada mereka sehingga mereka dianggap sebagai penipu kepada agama Islam. 4. Mengelakkan manusia daripada maksud dan tujuan al-Quran yang sebenar . ianya juga melalaikan umat Islam dari meneliti serta memahami maksud ayat-ayat al-Quran serta lalai mengambil manafaat daripadanya. Jelas kepada kita cerita-cerita israiliyyat banyak memberikan kesan yang negatif terhadap umat Islam. Kaum Yahudi sentiasa berazam dan tidak pernah jemu untuk merosakkan aqidah umat Islam. Allah s.aw. telah menegaskan di dalam al-Quran dalam surah al Baqarah ayat 120 : 120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Sesungguhnya jalan atau penyelesaian dalam menghadapi segala dakyah israiiliyat ini adalah menghapuskan punca-punca yang menyebabkan penyebarannya.Apa yang penting ialah umat Islam selaku golongan pendakwah kepada jalan Allah hendaklah berusaha mencegah penyebaran Israiiliyat ini dari merebak seterusnya menyangkal dan memerangi dengan memperingatkan kepada umat Islam yang lain agar berhati-hati dan menyucikan umat yang telah terpengaruh dengan dakyah Israiiliyat ini.Mendalami al-Quran dan berpegang teguh dengan al-kitab dan al-sunnah akan membawa kepada kehidupan yang lebih sempurna dan sejahtera dunia akhirat. Rujukan : 1. Dr.Solah Abd.Fatah al-khalidi,(2001),Membongkar Tipu Daya Yahudi untuk melemahkan Masyarakat Islam,Jasmin Enterprise,Kuala Lumpur 2. Dr. Muhammad Husin Azzahabi (1996) ,Kisah Israiiliyat dalam tafsir dann Hadith,Jahabersa,Johor. 3. Rozali Adam (1985),Al-Quran di antara tafsir dan Israiiliyat ,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur. 4. Dr.Azmil Hasyim,Dr.Abd.Rahman Ghani,modul HIQ3013 Ilmu-Ilmu AlQuran,PPL UPSI. 5. Iluvbadar.blogspot.com 6. Al-Quran dan Tafsir Rasm Uthmany

Saturday, July 7, 2012

FADILAT NISFU SYAABAN

Nisfu Syaaban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun lalu dan
permulaan laporan amal manusia pada tahun depan. Agar sesebuah laporan elok dan baik mestilah ia dimulakan dan diakhiri dengan sesuatu yang baik. Satu daripada yang baik untuk menutup dan membuka laporan tahunan kita adalah meluahkan cinta kepada Allah, Pencipta dan Pemberi rezeki kita. Dia yang mewujudkan kita daripada tidak ada menjadi ada. Dia yang menghidupkan kita dan kemudian Dia akan mencabut nyawa kita. Ketika nyawa bersama kita mesti berpada-pada memanfaatkannya kerana ketika dia tidak ada lagi bersama badan kita, segala sesuatu sudah tamat. Ketika nyawa bersama kita masih boleh memilih untuk berbuat baik atau buruk tapi ketika ia tidak bersatu lagi dengan jasad, maka yang tinggal adalah hasil daripada yang baik atau yang buruk yakni syurga atau neraka.
Dengan cinta Allah pada akhir dan permulaan laporan seorang hamba sudah memiliki tanda dia akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Cinta kepada Allah akan direalisasikan dengan keimanan sempurna tidak berbelah bahagi kepada-Nya; melaksana semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya.
Cinta kepada Allah tidak cukup hanya dengan luahan kata-kata tapi ia
mesti dibuktikan dengan perbuatan.
Apatah ertinya mengucapkan aku cinta Allah tapi dia
membelakangkan ajaran-Nya? Apakah ertinya mengucapkan aku cinta Allah tapi dia melakukan larangannya. Jika ini berlaku, maka ia
akan menjadi kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan.
Menjelang kedatangan Nisfu Syaaban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Persiapan ini juga sebagai persiapan awal kedatangantamu agung berikutnya iaitu bulan suci Ramadan. Persiapan ini tidak akan bermakna jika tidak ada cinta terhadapnya dalam hati kerana cinta adalah penggerak utama roda kehidupan manusia dalam bermasyarakat.
Setiap manusia melihat dunia ini sesuai dengan perbuatan, fikiran dan
dorongan hidupnya. Apabila amal perbuatannya baik, fikirannya bersih dan motivasi hidupnya suci, maka dia akan melihat dunia ini bersih dan indah sebagaimana dunia itu diciptakan. Jika terjadi sebaliknya, dunia akan terlihat gelap-gelita dan dia melihat segala sesuatu terasa hitam pekat.
Dan akhirnya, terbentuklah dua sisi jiwa, pada satu sisi ada jiwa yang
dapat membuat sesuatu terasa sengsara, di sisi yang lain pula ada jiwa
yang mampu menciptakan sesuatu menjadi bahagia.
Bagaimana manusia melihat dunia? Orang yang bahagia melihat dunia
dengan cinta Allah dan orang yang sengsara melihat dunia tidak dengan
cinta Allah. Orang yang pertama disebut adalah orang beriman dan orang yang kedua disebut adalah orang tidak beriman.
Allah berfirman maksudnya: “(Walaupun demikian), ada juga di antara
manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi)
sekutu-sekutu (Allah), dan mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Surah al-Baqarah: 165)
Al-Quran al-Karim memberi satu jawapan mengenai cara bagaimana kita mencintai Allah. Dalam ayat 31 Surah Ali ‘Imran ada disebut maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mencintai Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Mengapa kita mesti mengikuti Baginda Rasulullah SAW sebagai bukti cinta kepada Allah SWT? Ini kerana sejarah sudah membuktikan bahawa sahabat Baginda menemui kenikmatan hidup ketika bersama Baginda. Mereka berasakan hangatnya kasih sayang dan ketulusan hati selama berdekatan dengan Baginda. Mereka berasakan ketenteraman ketika berada di bawah payung ajaran Baginda. Mereka memperoleh keselamatan dengan mematuhi perintah Baginda. Dan mereka mendapat kekayaan batin dengan meneladani sunnahnya.
Di antara sunnahnya ini adalah sambutan malam Nisfu Syaaban dengan
menzahirkan cinta kepada Allah Subhanahu wata’ala pada pandangan
sesetengah pihak umat Islam. Wallahu a’lam.
INTI PATI
Pengertian Nisfu Syaaban
* Nisfu Syaaban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun lalu dan permulaan laporan amal manusia pada tahun depan.
* Menjelang kedatangan Nisfu Syaaban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Ia juga sebagai persiapan awal kedatangan tamu agung berikutnya iaitu bulan suci Ramadan.
* Umat Islam yang berpendapat bahawa malam Nisfu Syaaban memiliki
banyak fadilat akan melaksanakan beberapa amalan termasuk solat dua
rakaat, membaca Surah Yasin dan lain-lain.

Monday, May 14, 2012

hukum membaca dan memegang al-quran ketika berhadas besar

Berhadas ialah satu tanggapan keadaan yang berlaku pada anggota badan, yang menghalang solat menjadi sah ketika tidak ada sebarang kelonggaran.
Ia terbahagi kepada dua iaitu :
1. Hadas kecil Penyebab seseorang berhadas kecil ialah :
- Keluar sesuatu daripada dua jalan pembuangan(qubul dan dubur)
- Bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram
- Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan
- Hilang ingatan
- Tidur tidak tetap papan punggung
2. hadas besar Penyebab seseorang berhadas besar ialah :
- Haid
-Wiladah
- Nifas
- Bersetubuh
- Keluar mani
- Mati selain mati syahid

Para Fuqaha‟ telah bersepakat cara untuk membersihkan diri dari hadas kecil ialah dengan mengambil wuduk (air sembahyang), manakala bagi membersihkan diri daripada hadas besar ialah dengan mandi wajib. Apabila seseorang itu berhadas, dan dia berkeinginan untuk membaca Al Quran, dia akan berhadapan dengan dua keadaan iaitu membacanya tanpa menyentuh Al Quran, atau membacanya dengan menyentuh Al Quran.

HUKUM MEMBACA AL-QURAN KETIKA BERHADAS TANPA MENYENTUH AL QURAN.

Majoriti ulama mengharuskan orang yang berhadas kecil membaca Al Quran tanpa menyentuh mushaf Al Quran. Mereka berhujah dengan beberapa dalil antaranya:
1. Hadis Ali bin Abi Talib, katanya: Baginda S.A.W. pernah datang ke tempat qada‟ hajat, lalu baginda menunaikan hajatnya. Kemudian baginda keluar, lalu makan bersama kami roti dan juga daging dan membaca Al Quran. Tiada seorang pun yang menghalang Baginda S.A.W. daripada Al Quran melainkan berjunub. [hadis sahih, riwayat Tirmizi, Ibn Majah, Abu Dawud, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Bazzar, al-Daruqutdni dan al-Baihaqi dengan lafaz-lafaz yang berbeza-beza.

Hadis ini menjelaskan bahawa baginda membaca Al Quran tanpa berwuduk terlebih dahulu selepas qada‟ hajat. Al Quran itu pula tentu dibaca berdasarkan hafazan Baginda S.A.W. dan bukannya dengan memegang mushaf Al Quran. Ini menunjukkan keharusan membaca Al Quran tanpa berwuduk.

2. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa beliau pernah bermalam di rumah ibu saudaranya Maimunah yang merupakan isteri Nabi S.A.W. Kata beliau: Aku berbaring di sebelah lebar bantal, manakala Nabi S.A.W. dan isterinya berbaring di sebelah memanjang bantal lalu Baginda S.A.W. tidur. Hinggalah tiba pertengahan malam atau kurang sedikit atau lebih sedikit, Baginda S.A.W. bangun lalu duduk menyapu rasa mengantuk di muka Baginda S.A.W. dengan tangan. Seterusnya Baginda S.A.W. membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali Imran. Kemudian Baginda S.A.W. bangkit mengambil timba yang buruk yang tergantung, lalu berwuduk. Baginda S.A.W. memperelokkan wuduknya, kemudian bangun untuk mengerjakan solat. Kata Ibnu Abbas: Aku pun bangkit, lalu aku lakukan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
6
Kemudian aku pergi, lalu berdiri di sebelah Baginda S.A.W.(hadis sahih riwayat Bukhari).

2 MEMBACA AL QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS Para Fuqaha‟ bersepakat bahawa wanita haid dan nifas harus berzikir seperti bertasbih, tahlil dan lain-lain.

Sekiranya membaca ayat-ayat Al Quran yang telah dijadikan zikir seperti membaca Surah Al Fatihah : "بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم"
Ayat 1: ketika hendak melakukan sebarang kerja seperti makan atau membaca doa menaiki kenderaan : ketika mula perjalanan menaiki kenderaan. Mereka juga harus membaca Al Quran dalam hati tanpa menggerakkan lidah.

Para Fuqaha‟ berselisih pendapat mengenai wanita haid dan nifas membaca Al Quran. Pendapat mereka adalah seperti berikut: Pendapat daripada kalangan Mazhab Syafi‟e, Ahmad dan Hanafi ialah wanita yang didatangi haid dan nifas haram membaca Al Quran.

Mereka berhujah dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar R.A. Rasulullah bersabda: لا تقساء الحائرض لَا الجىة ش ئ يا مه القساءن
“Tidak harus bagi seseorang yang didatangi haid dan sesiapa dalam keadaan berjunub membaca walau sedikit pun daripada Al Quran.

Mazhab Maliki dan Ibnu Taimiyyah berpendapat wanita yang didatangi haid dan nifas harus membaca Al Quran. Antara hujah mereka ialah:

1. Hadith yang dipegang oleh Fuqaha‟ yang mengatakan hukum haram membaca Al Quran bagi wanita yang didatangi haid dan nifas iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar seperti di atas adalah dhaif. Oleh itu hukum haram membaca Al Quran bagi wanita yang didatangi haid tidak ada dalam sunnah yang sahih.

2. Wanita pada zaman Rasulullah juga didatangi haid. Jika membaca Al Quran hukumnya haram ke atas mereka sebagaimana menunaikan solat, sudah tentu Rasulullah menerangkan hukumnya dan mengajar isteri-isterinya sebagaimana Baginda menerangkan hukum menunaikan solat dan puasa bagi wanita yang didatangi haid. Sedangkan hukum ini (haram membaca Al Quran) tidak pernah dinukilkan daripada Rasulullah S.A.W. Oleh kerana hukum haram membaca Al Quran bagi wanita yang didatangi haid tidak pernah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W., sedangkan wanita sentiasa didatangi haid sejak dahulu. Ini menunjukkan Rasulullah S.A.W. tidak mengharamkan pembacaan Al Quran di kalangan wanita yang didatangi haid.
3.Telah bersepakat Para Fuqaha‟ harus bagi seseorang dalam keadaan berhadas membaca dan melihat Al Quran tanpa memegangnya. Sepertimana diharuskan untuk kanak-kanak menyentuh atau memegang Al Quran bagi tujuan proses pembelajaran kerana mereka tidak tergolong daripada kalangan orang Mukallaf, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka berwuduk sebelum memegang Al Quran.

4 HUKUM MENYENTUH DAN MEMBAWA AL QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS

Firman Allah Taala :
Yang bermaksud:

77. Bahawa Sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran Yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), 78. Yang tersimpan Dalam Kitab Yang cukup terpelihara,
79. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk Yang diakui bersih Suci.5 Di dalam Surah Al Waqi‟ah ini Para Pentafsir Al Quran berselisih pendapat tentang Kata Ganti Nama Ketiga yang terdapat dalam ayat yang ke 79 . Adakah ia kembali kepada perkataan القساءن الكسيم atau perkataan الكتاب yang membawa maksud Kitab yang berada di Lauh Mahfuz?. Kata Ganti Nama ini akan menentukan maksud sebenar bagi perkataan seterusnya iaitu المط سٍّ نَ . Di sinilah titik perbincangan hukum menyentuh dan membawa Al Quran bagi seseorang dalam keadaan berhadas. Setengah daripada pendapat pentafsir Al Quran sekiranya Kata Ganti Nama Ketiga itu kembali kepada perkataan القساءن الكسيم ia akan membawa maksud tidak dibenarkan menyentuh atau membawa Al Quran kecuali المط سٍّ نَ (orang yang suci dari hadas kecil dan hadas besar). Manakala setengah pendapat yang lain pula sekiranya Kata Ganti Nama Ketiga itu kembali kepada perkataan الكتاب yang membawa maksud Kitab yang berada di Lauh Mahfuz, maka ia akan membawa maksud tidak dibenarkan menyentuh atau membawanya kecuali المط سٍّ نَ (Para Malaikat), kerana Al Kitab Al Aziz tidak diturunkan dengannya Syaitan. Tetapi ia diturunkan dengan para Malaikat yang Suci.

Kesimpulan dari perbincangan di atas Para Fuqaha‟ telah bersepakat menyatakan Al Quran Al Karim adalah Kitab Allah yang suci.Pemeliharannya sangat perlu dijaga kerana kedudukkannya yang lebih tinggi dari kitab-kitab yang lain. Maka wajiblah bagi kita semua menghormatinya serta memelihara kesuciannya.. Antara perkara yang menunjukkan penghormatan kita terhadap Al Quran ialah dengan kita menyentuh atau membawanya dalam keadaan yang suci daripada hadas kecil ataupun besar.

Majoriti para Fuqaha‟ mengatakan tidak harus memegang atau membawa Al Quran dalam keadaan berhadas. Terdapat juga segelintir pendapat para Fuqaha‟ antaranya Para Pengikut Mazhab Maliki yang mengatakan harus memegang atau membawa Al Quran dalam kedaan berhadas ketika darurat seperti ketika belajar atau pun mengajar. Mereka menyandarakan pegangan ini dengan hadith yang diriwayatkan oleh Hakam, Hammad, Daud Bin Ali Az Zahiri : أو لا تأس تحمل القسءان مَسّ للمسلم اَلكافس طا سًٌا أ محدثًا
Yang bermaksud : “tidak mengapa dengan membawa Al Quran atau menyentuhnya bagi orang Islam, orang Kafir, orang yang dalam kedaan suci atau berhadas.” Mereka juga berhujah keharusan ini bersandarkan surat yang diutuskan oleh Rasulullah S.A.W. Raja-raja Parsi dan Rum. Pengecualian daripada Riwayat Daud pula mengatakan : “ Tidak harus golongan Musyriqin memegang Al Quran.”

Persepakatan pendapat para Fuqaha‟ yang yang terbaik ialah seseorang yang berhadas, berjunub, haid dan nifas kesemuanya haram memegang Al Quran tanpa bersuci terlebih dahulu. Ia juga bertepatan dengan pendapat yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah iaitu :
“Sesungguhnya ayat yang telah diperbincangkan dalam Surah Waqi‟ah ayat 79, telah mengupas apabila Allah S.W.T. telah menyatakan Al Quran adalah Mashaf suci yang diturunkan daripada langit dan tidak dibenarkan memegangnya kecuali
10
dalam kadaan bersih, maka begitu juga Al Quran yang berada di tangan kita tidak dibenarkan memegangnya kecuali dalam kadaan bersih.”

PERBINCANGAN PARA FUQAH’ ADAKAH HUKUM MEMEGANG AL QURAN HARAM, DIAMBIL DARI AL QURAN ATAU PUN DALIL YANG LAIN.

Pendapat sebahagian Fuqaha‟ :

Sungguhnya hukum pengharaman bagi seseorang yang memegang Al Quran dalam keadaan berhadas diambil dari ayat Al Quran kerana khabar yang bermaksud larangan seperti Firman Allah S.W.T. : لا تمسّ يُ إلاّ إذا كىتم على ط اٍزة
Pendapat sebahagian Fuqaha‟ yang lain : Hukum pengharaman bagi seseorang yang memegang Al Quran dalam keadaan berhadas ditetapkan dari dalil Sunnah bukan dari ayat Al Quran.

Mereka menyatakan beberapa fakta bagi menguatkan hujah mereka :

1. Ayat yang dijadikan sandaran bagi sebahagian Fuqaha‟ adalah Ayat Makiyyah dan sebagaimana yang telah diketahui, Ayat Makiyyah ia merupakan pedoman bagi menetapkan hal berkaitan Usulluddin tidak bagi hukum berkaitan perkara-perkara furu’.

2. Mereka mengatakan lafaz المط سٍّ نَ menunjukkan seperti yang telah diperbincangkan sebelum ini, iaitu sucinya zat bagi Malikat, ada pun المتط سٍ نَ menunjukkan kesucian mereka(orang yang berhadas) dengan amalan mereka sendiri seperti yang dinyatakan dalam Firman Allah S.W.T. :
إنَ الله يحة التّ اُّتيه يَحة المتط سٍ نَ
11
Jikalau sekiranya Allah S.W.T. mengkehendaki maksud ayat yang menjadi dalil wajib seseorang yang berhadas suci sebelum memegang Al Quran, pasti ayat yang diturunkan akan berbunyi seperti ini : لا يمسّ إلاّ المتط سٍ نَ
Kesimpulannya sesungguhnya Sunnah merupakan dalil yang menjadi sandaran ke atas wajib bagi seseorang yang ingin memegang atau membawa Al Quran dalam keadaan bersih dari hadas besar atau pun kecil. Sepertimana ia telah ditetapkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Hubban dan sahabat dari kalangan Mazhab Syafi‟e sesungguhnya Nabi S.A.W.meenulis dalam sepucuk surat kepada penduduk Yaman yang datang kepadanya berbunyi : أَلاّ يمسّ القساءن إلاّ طا سٌٌ


Oleh yang demikianjuga telah bersepakat para Fuqaha‟ di antaranya Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan juga Imam Syafi‟e R.H. berkata :
“ Sesungguhnya kebanyakan daripada Sahabat menyuruh anak-anak mereka berwuduk sebelum memegang atau membawa Al Quran”6

HUKUM KADAR SENTUHAN TERHADAP AL QURAN SERTA HUKUM MENULIS AYAT AL- QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS

Telah dijelaskan dalam permasalahan ini oleh beberapa pendapat Para Fuqaha‟ seperti di bawah : Pendapat Pengikut Mazhab Hanafi :

Mereka berpendapat haram menyentuh atau memegang Al Quran secara keseluruhan, sebahagiannya atau pun menyentuh tulisan dari ayat Al Quran

(sebagai contoh walau pun ia hanya dalam kadar satu dirham), biar pun dalam keadaan berlapik sepertimana diharamkan memegang kulitnya yang melekat terus. Ini kerana hukum keseluruhan itu kembali mengikut hukumnya yang asal. Tetapi tidak haram bagi seseorang yang berhadas menulis ayat Al Quran di atas kertas lain kerana hukum pengharaman itu terjadi apabila sentuhan itu berlaku dengan menggunakan tangan, sedangkan ketika menulis kita menggunakan alat iaitu pen atau pun pensil sebagai perantaraan yang memisahkan tangan dan ayat Al Quran tersebut. Begitu juga tidak ditegah menyentuh tulisan ayat dan terjemahan Al Quran sekiranya terjemahan tersebut lebih banyak dari kandungan ayat Al Quran tersebut.

Pendapat Pengikut Mazhab Maliki : Dilarang bagi seseorang dalam keadaan berhadas kecil menyentuh atau memegang Al Quran secara keseluruhan, sebahagiannya, menulisnya, membawanya walaupun didalam bekas khusus atau berlapik, memakai baju yang terdapat tulisan ayat Al Quran, dijadikan permaidani, diletakkan di bawah kerusi, membawanya bersama barang-barang lain di dalam satu bekas. Tetapi harus sekiranya ia berniat membawa barang-barang yang terdapat Al Quran di dalam bekas yang sama. Diharuskan membawa Al Quran bagi seseorang yang berhadas dengan niat untuk mengajar atau belajar, tetapi tidak ada keharusan dalam apa juga keadaan bagi seseorang yang berhadas seperti haid, nifas dan berjunub.

Pendapat Pengikut Mazhab Syafi‟e : Haram memegang dan membawa Al Quran secara keseluruhan, menyelak helaian daripada Al Quran, kulit Al Quran yang melekat dengannya, bekas khusus untuk membawa Al Quran di dalamnya, menulis apa sahaja dari ayat Al Quran. Diharuskan membawa Al Quran bersama barang-barang yang lain dengan niat membawa barang, membawa Al Quran dan tafsirnya yang melebihi dari kandungan ayat Al Quran itu sendiri atau ayat Al Quran bersama penulisan-penulisan ilmu yang lain, tetapi sekiranya kandungan kedua-duanya sama atau ayat Al Quran melebihi tafsirnya hukumnya akan kembali kepada asal. Harus juga bagi seseorang yang berhadas menulis ayat Al Quran tanpa memegangnya Pendapat Pengikut Mazhab Hanbali :
13
Haram bagi seseorang dalam keadaan berhadas menyentuh walau pun satu ayat daripada Al Quran. Maka jika ingin memegangnya hendaklah dalam keadaan suci daripada hadas. Harus membawa Al Quran dalam satu bekas khusus walaupun dalam keadaan berhadas biar pun dengan niat membawa Al Quran, menulis Al Quran sekali pun mereka itu Kafir Zimmi tetapi dengan tidak menyentuhnya, menyentuh atau memegang penulisan tafsir atau ilmu yang lain bersama terkandungnya penulisan Al Quran.

Kesimpulan daripada perbincangan di atas telah bersepakat majoriti Fuqaha‟ tidak harus bagi seseorang yang berhadas besar menyentuh atau memegang Al Quran. Manakala seseorang yang berhadas kecil pula, tidak ada sebarang dalil yang jelas yang menunjukkan tegahan terhadap permasalahan ini, tetapi kebanyakan Fuqaha‟ menetapkan ianya juga tidak diharuskan. Majoriti Fuqaha‟ kecuali para pengikut Mazhab Malik mengharuskan bagi seseorang yang berhadas menulis Al Quran secara keseluruhan atau sebahagiannya sekalipun bukan untuk tujuan mengajar atau belajar dengan syarat mereka itu tidak menyentuh ayat Al Quran tersebut ketika menulis.

HUKUM MEMBAWA AL QURAN DI DALAM BEKAS KHUSUS UNTUK AL QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS

Haram bagi sesiapa yang dalam keadaan berhadas membawa Al Quran yang berada dalam bekas khusus untuk Al Quran seperti beg, kotak atau lain-lain kecuali di dalam beg atau kotak tersebut terdapat barang-barang selain dari Al Quran. Ibnu Taimiyah berkata : “Seseorang yang berhadas harus membawa Al Quran bersama-sama (dalam satu bekas) dengan pakaian atau barang-barang keperluan yang hendak dibawa.”

HUKUM MENUNJUK ATAU MEMBUKA AL QURAN DENGAN SEBARANG ALAT DALAM KEADAAN BERHADAS

Harus menunjuk atau membuka Al Quran dengan alatan lain seperti kayu,pensil dan lain-lain, kerana perbuatan itu tidak dinamakan menyentuh Al Quran secara langsung dan tidak juga dikatakan membawanya.

HIKMAH PENSYARIATAN SUCI DARIPADA HADAS SEBELUM MEMEGANG ATAU MEMBAWA AL QURAN10 Al- Quran al Karim adalah Kitab Allah S.W.T. yang suci dan ia merupakan pedoman serta perundangan kepada hambaNya. Wahyu yang telah diturunkan ke atas Rasul yang terakhir dan ia juga merupakan Kitab Samawi yang terakhir diturunkan. Kemuliaannya pada darjat yang telah ditentukan. Sebagai petunjuk jalan kebenaran seluruh insan, di dalamnya terkandung khabar gembira buat insan beriman, serta ia juga menjadi cahaya penerang jalan kegelapan seluruh pelusuk alam. Inilah kebenarannya, Al Quran yang terpuji dan mulia. Wajib bagi setiap insan yang menobatkan dirinya beriman mengaplikasikan cernaan Al Quran dalam kehidupan. Menyuburkan rasa kecintaan dalam diri setiap insan beriman dengan limpahan keasyikan mengalunkan tiap baris ayat-ayat Al Quran serta praktikal hukum dalam semua percaturan kehidupan agar kita mendapat kebahagiaan yang telah dikecapi oleh mereka ummat terdahulu.

Di antara adab bagi memuliakan Al Quran Al Karim ialah menjaga kebersihan diri dari hadas sebelum memegang atau membawanya. Kerana ia adalah kalam Allah S.W.T. kata-kata Allah S.W.T. yang memiliki seluruh sifat Kemuliaan. Tidak harus bagi seseorang Mukmin mengambil ringan apa yang telah diperintahkan oleh Penciptanya, bertepatan apa yang telah ditulis oleh Baginda S.A.W. dalam warkah buat Amru Bin Hazam berbunyi :
9 Darah Wanita Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan Selangor Darul Ehsan,halaman 102 10 Rawaai‟ Bayan Tafsir Ayat Al Ahkam minal Quran, Kaherah: Maktabah Darul Salam, Juzuk 2, h.477
15
أَلاّ يمسّ القساءن إلاّ طا سٌٌ
Memadailah apa yang telah dinukilkan oleh Baginda S.A.W. agar kita memuliakan Al Quran. Begitu juga hikmah yang perlu dingati penurunan Al Quran terjadi pada Bulan yang diberkati iaitu Ramadhan, dan pada semulia-mulia malam iaitu Malam Lailatul Qadar, perantara yang terpilih iaitu ruh yang mulia iaitu Malaikat Jibril A.S. 

13. (ayat-ayat suci itu tersimpan) Dalam naskhah-naskhah Yang dimuliakan, 14. Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari Segala gangguan), 15. (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat Yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz, 16. (malaikat-malaikat) Yang mulia, lagi Yang berbakti. Apabila malaikat-malaikat yang terlibat dalam penyalinan serta penurunan Al Quran adalah bersifat suci, maka setiap insan yang berada di bumi juga perlu bersifat suci bila menyentuhnya. Itulah dia Al- Quran yang akan sentiasa terpelihara dari sebarang penyelewengan. Ia bukannya sihir, mentera ataupun syair bahkan ianya Kalam Allah yang benar.
16
Bahan Rujukan:
(1) Ustazah Sapiah Bt Abd Wahab,Fuad B Hj Ismail, 2011, Pelaksanaan Aktiviti Program j QAF Kem Bestari Solat Tahun 4, Kuala Lumpur, h.7 (2) www.facebook.com/.../DARUL-FUQAHA‟
(3) Anisah Bt Abd Ghani, 2009, Darah Wanita Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan, Selangor Darul Ehsan, h.99-101
(4) Ad Doktor Wahbah Zuhaili, 2002, Fiqh Islamiah Wa Adillatuhu, Beirut Lubnan: Maktabah Darul fikri Al Mua‟sir, h.450
(5) Prof. R.H.A. Seonarjo S.H., Yayasan Penyelenggara Penterjemahan Al Quran, 1971, Al Quran dan Terjemahannya (Indonesia), Khadim Al Haramain Asy Syarifain,Fahd Ibn „Abd Aziz Al Sa‟ud, h.897
(6) As Syeikh Muhammad Ali As Sobuni, 1997, Rawaai‟ Bayan Tafsir Ayat Al Ahkam minal Quran, Kaherah: Maktabah Darul Salam, Juzuk 2, h.463-474
(7) Ad Doktor Wahbah Zuhaili, 2002, Fiqh Islamiah Wa Adillatuhu, Beirut Lubnan: Maktabah Darul fikri Al Mua‟sir, h.450-453
(8) Anisah Bt Abd Ghani, 2009, Darah Wanita Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan, Selangor Darul Ehsan, h.102
(9) Anisah Bt Abd Ghani, 2009, Darah Wanita Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan, Selangor Darul Ehsan, h.102
(10) As Syeikh Muhammad Ali As Sobuni, 1997, Rawaai‟ Bayan Tafsir Ayat Al Ahkam minal Quran, Kaherah: Maktabah Darul Salam, Juzuk 2, h.477

Wednesday, February 8, 2012

Solat sunat Dhuha


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Doa Solat Sunat Dhuha:





Semoga menjadi amalan kepada kita semua....wallahualam..