Saturday, November 26, 2011

Ruginya Meninggalkan Solat

Orang yang mengabaikan solat akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat.Di dunia,kehidupan mereka akan dipenuhi dengan maksiat dan kemungkaran,serta hidup menjadi tidak tenang dan tidak keruan.

Allah berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar."
( Surah Al-angkabut 29:45)

Apakah untungnya kalau hidup dalam kemewahan sekalipun,sekiranya hati tidak tenteram dan tidak tenang?

Manakala di akhirat pula,orang yang mengabaikan solat akan menerima azab yang pedih.

Dalam kitab al-Kaba'ir karangan al-Imam al-Zahabi,dinyatakan bahawa sebahagian ulama telah berkata bahawa orang yang meninggalkan solat akan dikumpulkan bersama Qarun,Firaun,Haman dan Ubay bin Khalaf di akhirat kelak.

Tuesday, October 11, 2011

Solat berjemaah tahun 5

SOLAT BERJEMAAH
- pengertian: Solat yang dilakukan oleh 2 orang atau lebih secara bersama dengan diketuai oleh seorang imam dan disertai dengan niat berjemaah.

- Hukum : Sebahagian ulama mengatakan fardhu ain
: Sebahagian ulama lain mengatakan Fardhu kifayah.

- Sabda Rasulullah yang bermaksud : "Solat berjemaah lebih afdal daripada solat berseorangan dengan kadar 27 darjah (pangkat )"

KEUZURAN BERJEMAAH

Solat berjemaah tidak boleh ditinggalkan kecuali ada keuzuran sebagaimana hadis yanng diriwayatkan Ibn Majah daripada Rasulullah :

"Sesiapa yang mendengar azan tetapi ia tidak hadir maka tidaklah sempurna solatnya kecuali disebabkan keuzuran."

ANTARA KEUZURAN SOLAT BERJEMAAH

  • Cuaca terlampau sejuk
  • Hujan
  • Terpaksa buang air
  • Lapar atau dahaga
  • Takut kepada orang zalim
  • Bersiap sedia utuk bermusafir


Sunday, October 9, 2011

Amalan sepanjang masa

Amalan sunat mengikut takwim Islam

Amalan sepanjang masa.

a) Solat fardhu berjemaah di masjid,surau atau rumah.

b) Mendirikan solat Rawatib.

c) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat tahajud,witir,israk,Dhuha
,awwabin dan sebagainya.

d) Membaca zikir mathurat selepas solat subuh.

e) Membaca al-quran.

f) Menghadiri majlis ilmu sseperti kelas agama ,ceramah dan sebagainya.

g) Puasa sunat seperti hari khamis dan isnin.

h) Membaca doa harian dan segala wirid.

i) Bersedekah

j) Mengerjakan umrah bagi yang mampu

k) Memelihara mulut,mata,telinga dan anggota lain dari perbuatan maksiat.

l) Amal maaruf nahi mungkar.